Tabung

17 April 2014

Ar-Rahnu - Pajak Secara Islam

Dah lama sebenarnya nak buat entry pasal benda ni..
Rasanya ramai yg dh tahu dan ramai juga yg belum tahu..
Mcm mana saya terpanggil untuk membuat entry ni?? ( Menggunakan pendekatan 'Saya' dlm entry ni ye tidak seperti kebiasaan 'Aku' sebabnya lebih bagus kot,hehehe )

Macam ni..Kawan saya pernah bertanyakan perihal mengenai pajakan2 ni..
Saya pernah gak google cari maklumat yg sepatutnya..
So kali ni sy kongsi kan ilmu yg telah saya dapat tu..
Mana tahu ada yg belum tahu dan sdg mencari ilmu mengenai perkara tersebut..
So boleh la kita sm2 mendapat ilmu ni, ye dak? hehehe..

Perkara pertama yg perlu anda ketahui mengenai pajakan/gadaian ni..
Oh ya, aku lupa nak maklumkan..Aku cerita mengenai Pajakan Emas yer..
Bukan pasal goldbar tu tapi lebih kepada barang kemas..

1) Perlu Ada Ilmu Mengenai Pajakan
2) Nak pajak kat kedai pajak biasa aka kedai2 cina atau secara Islam yakni di bank2 terpilih spt Ar-rahnu       YaPEIM, bank rakyat, agrobank dll..
3) Cara untuk buat pajakan..
4) Dokumen yg perlu semasa membuat pajakan.

1) Ilmu
-Sebelum anda membuat pajakan, anda perlu tahu selok belok mengenai pajakan..Jangan main hentam je pegi kedai bagi je brg kemas anda tu..Ada kemungkinan nanti anda akan ditipu..

2) Kedai Pajak / Bank
-Beza antara kedai pajak cina dengan bank ni setahu sy adalah dari segi kos simpan.. Maksudnya kos simpan di cni...Selama dia pegang barang kemas anda dipanggil kos simpan yer.. 
-bank / kedai pajak ni membenarkan kita memajak barang kemas tersebut selama 6bulan. Ni kira tempoh matang dia lah...Jika nak sambung, dia akan bagi lagi tempoh lanjutan selama 4 bulan. So keseluruhan adalah 10bulan...Jika anda masih tidak mampu untuk menebus barang kemas tersebut slps tempoh 10bulan, anda perlu membuat surat pajakan yg baru..
-Wang yang kita dapat daripada pajakan tersebut dipanggil sebagai pinjaman..Pinjaman sementara.. Pinjaman ni digalakkan jika ianya digunakan untuk membuat pusingan modal perniagaan atau membuat sesuatu yg boleh memberi keuntungan kepada anda... TIDAK DIGALAKKAN jika anda ingin memajak semata2 untuk membayar hutang, atau hanya suka2 kerana, anda akan mengalami kegagalan untuk melunaskan pinjaman tersebut sekiranya makin lama anda membiarkan barang kemas anda tanpa ditebus dlm tempoh tersebut.. Yakni anda terpaksa membayar wang untuk kos simpan tersebut..Jika di kedai cina, kos simpan agak mahal iaitu RM20/bulan untuk setiap pinjaman RM1000 dan ke bawah..Manakala jika mengikut syariat Islam, kos simpan ini adalah mengikut berat emas anda..

Contohnya,

Anda memajak Gelang dan Cincin yg berharga RM1500.00
Pihak bank/kedai pajak hanya akan memberi pinjaman kepada anda 65% drp harga emas tersebut..
Jadinya pinjaman yg anda akan dapat adalah sebanyak RM1,000.00
Untuk 6 bulan kos simpan adalah RM60 sekiranya anda pajak secara Islam..Manakala RM120 jika dipajak di kedai2 pajak biasa..
Anda boleh membayar upah kos simpan tu setiap bulan atau sekaligus semasa ingin menebus brg kemas tersebut...Namun, sekiranya anda ingin menebus dlm tempuh matang, spt dlm masa 2 bulan, anda ingin tebus balik brg kemas tersebut, anda hanya perlu byr kos simpan untuk 2bulan shj..

Anda paham???
Ok, kite teruskan yer..

3) Cara Pajak
- Anda hanya perlu ke kedai pajak / bank dengan membawa bersama barang yg ingin dipajak..Di sana nanti mereka akan menimbang brg kemas tersebut dan dari ctu mereka akan menilai harga pinjaman dan juga harga upah simpan.(Tetapi kedai2 pajak mereka memang dh tetapkan harga upah ye bukan spt bank yg timbang dahulu baru tahu nilai kos upah)
- Mereka akan mengira untuk anda dan jika setuju baru mereka akan proceed..Pastikan betul2 brg anda sblm anda setuju yer...Jgn smpi tertipu..Berat brg mestilah tepat dan anda perlu tahu untuk pastikan bila anda ingin menebus balik berat emas still sama..

4) Dokumen
- Anda hanya perlu membawa IC sahaja...Nanti mereka akan membuat salinan untuk anda..Jika tiada masalah dlm stgh jam anda sudah mendapat hasil pajakan tersebut..

Perlu diingat yer, jika ingin memajak brg kemas, anda perlu ada target..Pastikan anda mampu untuk menebus balik brg kemas tersebut..Jika tidak brg kemas anda akan dilelong..Lelong pula dengan harga yg jauh lebih rendah...

Anda juga perlu tahu, jika anda membuat pajakan ni, nama anda sudah tersenarai di dlm Bank Negara..Jika brg kemas anda dilelong, nama akan disenaraihitam (kalo xsilap sy, kalo slh harap ada yg betulkan). Jika ada rekod yg tidak bagus di Bank Negara, sukar untuk anda membuat sebarang pinjaman dgn bank slps itu..So jangan main2 yer..Jangan suka2 membuat pajakan. Sebab itu pajakan tidak digalakkan jika hanya untuk membayar hutang dll yakni yg tidak membawa kepada keuntungan..Biasa org yg buat pajakan ni dorg guna untuk rolling bisnes..So drp keuntungan bisness tersebut dorg akan tebus balik brg kemas berserta upah simpan tu...Spt kebanyakkan peniaga2 di Pasar Ct Khadijah ( sy tahu daripada pembacaan, bukan sy pegi tanya peniaga2 di ctu, hehehe,kalo slh harap maaf ye)

So sy harap dengan serba sedikit ilmu ini, dapat sama2 menyelamatkan anda semua agar tidak terjebak dengan dunia pajakan..Jika terdesak mana lah kita tahu kan, sekurangnya ilmu x seberapa ni blh anda praktikkan..

Selamat beramal ye :-) 



1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wahh ilmu pajak. walaupun mak sheila penjual barang emas ni.. sheila tetap tak faham sangat pasal pajak dan pembelian. hihiii nice sharing. singgah menabung libresse sini~~~